Friday, December 3, 2010

Ya Allah Yang Maha Pengampun

Ya Allah, ampunilah dosa kuterimalah amalan ku.. Hidupkan lah aku dalam iman, matikan aku dalam iman.. kurangkanlah kesakitan ku ya Allah.. aku mohon kepadamu..

Saturday, October 23, 2010

Assalamualaikum..


Ain, saat ni saya nak ceritakan sebuah cerita, mengenai kehebatan seorang sahabat.. awk tau, sahabat boleh buat kita gembira, sihat, bahagia, tak kurang juga boleh buat kita kecewa, sakit, sedih..


Ain, ingat lagi x masa mula2 saya mendapat seorang sahabat? saya sangat2 menyayanginya, selalu berjumpa, saya berkongsi cerita, saya selalu tertawa, tersenyum.. macam orang bercinta kata awk.. tapi akhirnya dia pergi.. saya sedih sgt2, wlupn dia still kwn sy, dia xda d cc sy.. apa bezanya?


Ain, saya dapat seorang lagi sahabat.. saya teramat2 menyayanginya, saya terlupa pesanan awk, sayang biar berpada-pada.. tapi saya x peduli, untuk dia saya rela korban segala2.. saya perlukan seorang sahabat ain, kerana dia saya jadi sihat, kerana dia saya berjaya dlm exam, kerana dia, saya bleh hdup sndiri tanpa kwn2 AS..


dan satu fakta, SLE xde ubat tp SAHABAT n family lah ubatnye..


Awk tau ain, beberapa hari keluar wad sbb mslh kidney, saya dapat menyapu 1 rumah tanpa rse penat n sakit, semuanya semata2 kerana msg2 dari dia.. ble kami stop msg, sy langsung jd x larat, trus terbaring smpai ke petang... hebat kn sahabat??


Tp sekarang x lg.. saya bukan sapa2 bagi die.. saya da x beerti bagi die.. yup, maybe saya x penyabar, x memahami dia, sensitif, pemarah, berfikiran negatif.. tapi seandainya dia tau SLE, dia xkan mention perkataan mcm 2 kt saya..


Ain, seandainya saya da xdpt bertahan lg, awk tlgla gtau kt dorg, saya sayang dorg.. n terima kasih sbb bg sy sihat wlupn skejap


Tuesday, October 19, 2010

Erti Persahabatan Ini



Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

Thursday, May 21, 2009

Teman ku sayang..


SAHABAT SEJATI

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi